About Me

My photo
Know me before you judge me...:):):)
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Penghijrahan tu kan bagus?

Assalamualaikum tawan2^^..
hehe..

Hari raya suda abis, tp masi lg ada yg buat sambutan raya kan..
hemm nda abis2 eh..huhu..

Oya, suppose esok aq ni kna prg kelas KPP
KPP ni kelas mw amek lesen la.
Aq pun nda berapa pasti apa yg aq akan buat dsna, sbb aq pun blm perg.
Tapi, td tutor aq call, dia ckp esok x dpt..sbb da full!
Aiseh..punyala aq suda semngt kan, kunun2 mw perg kelas tu,
tup tup full pulak..
so kna la aq pergi next week, sbb this sunday aq ada event..
so mmg agak bz la..ceh, bajet bz, padahal...hehe..Tp seriusnya aq mmg bzla..huahaha
Klu this week aq da perg kelas KPP tu atleast this week i can finish all the theory class ba kan.
So, i can get my driving license earlier..keke..nda sabar kunun...
But my target is, i can get my license before the end of oct.
Bule ka tu ah? Insya-Allah buleh ba kan..hehe..
Harap2 la semuanya berjalan lancar and aq pun lulus ujian dengan mudahnya..amin..
padaal masuk kelas pun belum:p
So tawan2 yg mw amek lesen around kk area,
i still dont know about ADC service,
so when i experience it, i will tell u la.
Yeye..bole la jalan2 pasni klu sda ada lesen..miahhaha...

Oya, back to my story.
Mengenai penghijrahan..
Hijrah!
Yes im talking about hijrah,
not hijrah to move to other places or whatsoever.
But, this hijrah is about ourselves. Penghijrahan moral dan spiritual kita gitu..

Ya coba dipikir2, kalu perempuan itu makainya tudung labuh?
Kan enak gitu donk? EH..??
Ya kalu gitu kenapa donk harus dimikirin terus
kenapa ianya mw berubah..
Soalnya, bukan kerna pahaman politik ya teman2..
Tapi untuk diri sendiri gitu..
eh?apsal aq ckp indon ni?..haha

This actually about my sister,
she is changing, in a good way.
She started to wearing tudung labuh early of this year.
yes, for me..Actually its hard for me to accept it for a while.
No its not because its not good,
Maybe because i know her and how she behave.
But, alhamdulihah dia suda berubah.
Aq akui, kakak aq ni mmg jadi role model aq.
Yes, since i was small, everything that she wear, i also want to follow her.
So dia ni trend setter aq la..
In fact, corak pemakaian aq sekarang ni pun adalah influence drpd dia.hehe..

So, bila aq tau dia pakai tudung labuh n jadi cam warak..
I hilang role model da...aq mcm "eh, eh, camna ni"?haha..
But, eventually,  i try accepting her and how she act now.
But, for me..she still the old slef.
dengan cara2 dia bercakap, and perwatakan dia still gila2
not the ayu2 one la..klu dia tukar jd camtu pun..alamak its a culture shock for me..haha!
Its like kita upgrade ba kita pnya OS dari window xp pg ke window 7 kan..
Still a same program, but with a better application. Bukan kta p tukar OS trus kan..:)
The different is just she just wearing baju yg tutup aurat la kan and dia tidak lupa Allah.
She always give me a piece of advice:)
But what bothering me is,
people perception at her..
yes,the perception.

Other people will say that,
she is change because of she change her political view.
Or other will say that its only temporary because dia terinfluence dr kawan2 dia..
And the way people look at her.
When aq jalan2 dgn dia d beufort, mst everyone akan tgk2 dia
aq perasaan juga tu..huhu..maybe diorang respect or diorang rasa pelik.
idk,

COme on people..
Jgn kaitkn politik yer dlm hal2 gini...
I know where my sister stand in this matter.
Owh and jangan rasa pelik ya kalau perempuan pakai tudung labuh gila2...
Hehe...it was once my perception,org pakai tudung labuh mst ayu2 x boleh jd gengster.
But, kenala gengster bertempat kan..haha..jangan plak di khalayak ramai kita berketwaan..hehe

So, my conclusion is.
Tudung labuh you gain respect from other
and you will feel safe with it.
Pakai tudung labuh, bkn maksud kita bertukar org,
And take step by step.:) jangan la trus2 kita berubah secara drastik kan..^^
Alhamdulilah, kita akan pasti akan mendapat rahmat daripada Allah SWT..:)
I love my sister.
And insya-Allah,
i will try my best to become a better muslimah.
May Allah will give us hidayah..
Amin..^^

My sister..:)

Add caption

Tgkla..masi gila2 kan



Wednesday, September 12, 2012

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Assalammualaikum!^^
Apa kabar kawan2? hah!
aq selalu teda idea apa mw tulis utk opening ni..
Mst aq rasa mcam formal pula klu tulis begini...hahah:p

Today ranting is about
buaya yang bertapuk
bertapuk dalam bahasa sabah bermaksud bersembunyi.(pelajaran bahasa sabah arini...hehe)
So, kiranya, jangan kita pikir2 air tu nmpk tenang...jd tiada bahaya(buaya) la kan..
Kalau mcam tu lagi takut kan?
Kita syok2 suda rasa selmat pastu tiba2 diterkam kan?

Just nak meluahkan rasa ketidakpuasan di dalam hati ini...
Dimana lagi kan aq mw melalut kalau bukan di blog ni, futhermore
aq rasa lebih lega sbb aq tau ada org bole baca n paham apa yg aq rasa..hehe
Oya,berbalik kpd tajuk kita pada hari ini...
Ada hamba Allah tu, memang kalau dilihat
seorang yang sangat baik,
Sehinggakan kalau diceritakan segala keburukan dia
semua orang pasti tidak akan percaya.
Hemm..tapi aq sendiri pun tidak sangka..
dia sanggup melakukan perkara terkutuk itu!
Syirik!
Astagfirullahalazim!
Kita sebagai manusia...
kalau bekerjasama dengan syaitan,
maka kita percaya bahawa syaitan itu lebih berkuasa...ish3... Maka
Kerana hanya mengharapkan dunia, segalanya ingin dilakukan demi mencapai matlamat itu.

Janganla kita menganiaya sesama manusia..
Tidak sangka kan?
Ada juga manusia yg sanggup buat macam ni walaupun di zaman sekarang ni..
Aq ingatkan perkara macam ni berlaku di tv saja..hermm
kepada sekutu2 syaitan..
Insaf la kamu semua... dunia hanya sementara, lebih baik kita beramal untuk hari akhirat...

semoga kita semua dijauhkan daripada azab api neraka serta dilimpahkan hidayah daripada Allah SWT
amiiiin.....

So kesimpulannya?

Sentiasa la kita meminta pertolongan daripada Allah SWT, agar dijauhkan benda2 yang tidak baik serta agar hati kita dipenuhi dengan kebaikan. Sebab, kadangkala, orang yang kita sangka baik, itula yang akan memakan diri kita sendiri nanti..

Wassalam..:)

Thursday, September 8, 2011

Malaikat maut mengintai kita 70 kali sehari


Kita tidak dapat menduga bila saatnya lematian kita, sebab itula banyak daripada manusia2 yang masi lalai dengan perintah Allah S.W.T, dan tiada persediaan yang dilakukan oleh manusia untuk menghadapi saat kematina. Malah lebih sedih lagi apabila kita berkata," ah, sekarang kan aq masi muda, tunggula tua baru bertaubat"... Nauzubillah, kita tidak pernah dapat mengagak saat kematian kita, kerana Allah S.W.T itu maha Berkuasa, bila tibanya ajal kita, pasti akan datang jua tanpa mengira umur dan tempat.

ini merupakan article yang saya ingin kongsikan, agar kita mendapat kesedaran sebagai umat Islam, 
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya
mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak
sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan
dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas
di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa
berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan
pengalaman mereka menghadapi saat kematian.
Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau
miskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir
mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak
kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang
amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah
(kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah
tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada
pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya
kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh
dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai
daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan
menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan
kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran
ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika
hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap
kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya
tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.
“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak
diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang
mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir,
kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit
berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana
Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka
lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu
juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya
berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa
mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.
Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat
maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat
Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri
daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.
Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang
berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting
perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai
menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat,
tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas
seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan
kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam
(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya
seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda
tertentu.
Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya
kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.
Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap
akan datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada
keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.
Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan
diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.
Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga
tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

Monday, October 11, 2010

rama2 dan cinta lelaki~...

Assalamualaikum suma... apa kabar?? Ok ari ni aq mw crita pasal bab2 agama..hehe...ok2 da jadi ust pol plak kan..haha... Xla, ni aq saja nak mengulas balik apa yg telah aq baca tadi n sekadar ingin menyampaikan kata2 ini kpd rakan2 sekalian..hehe.. Ok... apa kaitan cinta laki2 ngan rama2??? Mst kmu bengong2 fikir kan...myb klu yg da tau tu...bagusss....hehe...

Okla camni la senang, wanita ni ibarat rama2 dalam dunia... Kehadiran wanita di dalam dunia ni dapat membuatkan dunia ini terasa sgt indah bagi kaun2 adam ni..Bayangkan la klu xda kaum hawa di dunia ni kan...Mst berlaku mcm2 peperangan kan? Sbbnya..... Wanita ni terkenal dgn sikap kelembutan dorg, so sikap inilah yang akan membuatkan dunia ini menjadi aman, damai utk didiami...hehe...(bertuahnya aq jadi wanita kan????)....

Bercakap mengenai itu....Kita sebagai wanita ni sangat2 la tinggi nilai dia kan? Hanya lelaki yang terbaik buat kita saja yang akan menyedari hal ini... Lelaki2 yang cuma ingin mengambil kesempatan itu tidak tahu menilai... Dan janganla kta memurahkan diri kta sbg wanita yg dikenali dengan harga yang tinggi.. ok?

Tadi kan saya ada cakap, kita ni(wanita,perempuan,gurl,kaum hawa...etc) ibarat rama2... Seandainya seekor rama2 itu disentuh sayapnya pastila akan pudar coraknya... Itu baru sekali, mungkin pabila disentuh 2 3 kali, kemungkinan sayap itu akan patah.... Maka, rama2 yang dipuja itu tadi akan dibiarkan begitu saja, kerana keindahannya telah hilang... Begitula juga dengan wanita,, keindahan kita past akan hilang seandainya disentuh oleh lelaki2 bukan mahram kta ini. Mungkin kta rasa bangga bila menjadi rebutan, namun ingtla, keindahan kta itu akan hilang begitu saja...... Kerana keindahan kta ini hanya layak diberikan utk lelaki yang benar2 layak...iaitu lelaki yan g bergelar SUAMI kita....

Pasti kta akan merasa rugi kan??? Marila kita meletakkan diri kta di tempat yang paling berharga dan dihormati...saya rasa kmu suma pasti tau mengenai hadis ini; perempuan yang baik2 adalah untuk lelaki yang baik2.. so, apa pandangan korg?? Tepuk dada tanya iman k..

Okla smpi d sini sja entry aq arini...jmpa lagi esok k...wslm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...