About Me

My photo
Know me before you judge me...:):):)

Wednesday, October 20, 2010

Exam Mood~

sempena exam2 ni...aq ingin berkongsi doa2 yg boleh kta amalkan k.. selamat belajar n beramal..gud luck.

doa minta tambah ilmu:

ya tuhanku! jadikanlah aq berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang Engkau berikan padaku, dan berilah aku ilmu yang berguna bagi diriku. Dan kurniakanlah aku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahkanlah aku pengetahuan ilmu.
~amin....

doa penerang hati:

ya Allah! bukakanlah hikmah-MU dan turunkanlah rahmat daripada khazanah-Mu itu kepada kami, Ya tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

doa ketika masuk ujian:

Persiapkanlah kami dalam urusan kami dengan petunjuk-Mu

Doa ketika terlupa:

Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa.Ya Allah, peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

Doa menghilangkan rasa gemuruh:

Mudahkanlah wahai tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmanirahim, Wahai Tuhan, Engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...