About Me

My photo
Know me before you judge me...:):):)

Friday, July 18, 2014

Keputusan Temu Duga Peg.Latihan Gred E41

Assalamualaikum semua.

Sebelum kta membaca ke jauh lebih dalam.. mari kta luangkan masa seminit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa MH17..

AL-FATIHAH...

Daripada DIA kita datang, dan kepadaNYA kita kembali.

2014 kita meyaksikan pelbagai peristiwa malang yang terjadi di negara kita,begitu juga dengan seluruh dunia.
Marilah kita berdoa semoga kita semua akan dilindungi dan dirahmati Allah SWT dalam kita menjalani ibadah seharian.


ok..

ehem ehem..*btulkan anak tekak sat*

sesuai dengan tajuk ku pada harii ni, cek nak habaq result masa perg interview aritu.

Bismillahirrahmannirrahim...

resultnya..

jeng..jeng...




kta dapat calon simpanan ja..

xpa no..
akak aku cakap solat hajat banyak2..sebab peluang masi ada untuk dipanggil.. amin
syukur jugala..xdla gagal terus kan. alteast omputih ckp fiftyfifty..haha..
Oh tadi cek kat status pendaftaran, tulis simpanan lantikan..
Dia memang sama ka ngan calon simpanan? Poning den ni..

ok tu ja nak habaq no.

Disini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih  kepada my family, kepada panel penemu duga kerana menyokong saya walaupun hanyalah sebagai calon simpanan.. dan syukur ke hadrat Ilahi diatas peluang ini.

p/s: sapa2 ada lagi x dapat calon simpanan ni? Bole bergeng.


Thursday, June 12, 2014

Pengalaman Temu Duga Pegawai Latihan Gred E41

Assalamualaikum. ..
Hihi. Lama suda tak jenguk2 blog ni. Bukan apa kesibukan memaksa daku untuk berkitkat sebentar daripada alam maya dan fokus kepada alam realiti. Ececeh..haha..
Ok straight forward prg tajuk la kan. Aq mmg nak crita pengalaman aq masa interview aritu.  Actually da lama tahu cam sebulan camtu tapi busy memanjang ngan orang kawin segala so tu yang lambat study untuk interview ni.
Ok for general la kan. Pegawai Latihan  Gred E41 ni adalah sama tugasnya seperti lecturer dimana kalau saya berjaya dipilih saya akan menjadi salah seorang tenaga pengajar di IKBN. So ikbn ni under kementerian belia dan sukan, 1st dapat tu trkejut juga bila tengok kementerian belia dan sukan takkanla aq nak jadi coach..ye dok. So bila godek2 information barula tahu yang dia under IKBN.
SO ni tips la yang aq mau bagitau, banyakkan belajar pasal benda yang korang belajar;example kalau ambil hotel management so kenala study pasal hotel management spt food and beverage managemet, kitchen etc etc. Sebab apa?? Sebab interviewer akan tnya more to kta pnya teknikal. Dok payah nak hafal2 nama menteri2 ka, nama2 agong ka sebab dorang memang tak akan tanya.
Ok ni pengalam saya waktu kena interview.  Ada dua org yang interview seorang tu dari ikbn and yang seorang pegawai spa. Dia pangkat datuk,  nma dia Datuk Mustapha Marican.  Seriously datuk tu memang baik! Dia banyak share and seorang yang humble. Kalau dia bercakap kan memang rasa kita cam comfortable jak.hehe.
Ok ni soalan2 yang dorg tanya masa kena iv.
*me ketuk pintu*
Masuk dalam bilik dengan perasaan yang sangat gugup tapi senyum sambil mengucapkan "Assalamualaikum" dengan penuh semangat.hehe. 1st impression tau dak.
Pas hantar fail and resume kat mereka saya duduk.
Datuk: Jadi Azimah, sebelum ni kerja sebagai apa?
Saya: kerja sbg bla bla bla...dengan muka konfiden.*datuk tu senyum*
Datuk: kenapa pilih pekerjaan ni*datuk tu merujuk kpd pekerjaan aq skrg* tapi degree lain?
Saya: saya x mahu menganggur.. drpd saya tak kerja baik ambil kerja ni..bla n bla bla.. banyak la aq membebel.. sambil senyum2..
Datuk; bagus. Kmu pilih utk x menganggur.
*datuk x banyak tanya, instead dia byk brcerita n sharing,*
Pastu giliran pegawai ikbn tu pula menyoal.
Pegawai: ok azimah, sy tgk kmu ambil hotel... dlu saya ni pun ambil hotel management kat uitm s.alam jua.*mati jumpa senior pula..haha*
So can u differentiate the table setting for table d'hote and ala carte'..
Aku:*alamak dia tnya soalan yg camni pula,aq mmg x expect dia akan tnya soalan yang berkaitan teknikal* aq jawab jer dengan konfiden mengikut apa yang aq telah belajar n ingatla.hahah. yang penting senyum dan konfiden.
Pegawai: ok, how about french service and russia service?  What is the different between this 2 service?
Aku: bla bla bla
*dia mmg akan byk tanya pasal apa degree yg kta amek dlu*
Ok stakat yg aq ingat camtula temuduga yg berjalan. Secara general la sbb aq pun da x ingat sangat.hihi.
Oh and dia akan ada tnya soalan ni
"Sebagai salah seorg tenaga pengajar di ikbn apa yang kmu akan lakukan untuk menarik pelajar2 masuk d ikbn." Hehe
And dia ada tnya a few about isu2 dalam bidang hotel.  Misalnya aq seorang yang betudung kan apa yg aq akan buat if hotel tu x allow me utk pakai tudung ketika waktu kerja.
Tu jer. Yang penting korang konfiden and senyum sepanjang masa.
Aq suka sesi sharing ngan datuk. Sbb dia banyak bagi aq info yang berguna. Siapa yang dapat ngan Datuk Mustapaha marican mmg untung. Aq rasa interview tu jalan dalam 20-30 minit camtu la
Tu jer.
Ok semoga berjaya yang akan pergi temuduga tu nnt ok.
Hihi..

Thursday, January 9, 2014

Eh eh masi muda okay

Assalamualaikum

Oleh kerana masuk tahun 2014 ni umur aku da meningkat naik ke 24 tahun and my sister masuk 25 tahun semua kakak2 aku da bising nak suruh kitaorg kahwin. Eesh rimas ok. Kalau macam aku ni tak kisah sangat la sebab masi muda kan. My sis la yang terasa sangat. Miahaha...n dia lagi pity... sebab bakal suami yang diinginkan my sis tu telah ditentang habis habisan oleh my family. Sebab apa? Sebab lelaki tu xda pelajaran, xda duit, xda kerja anf xda harta. Umur lelaki tu sekarang 30 tahun tapi blm bekerja. So sebab tu la family aku menentang hubungan mereka. My sis ada degree. And my family takut lelaki tu ambik harta my sis. At least ni apa yang dorang pikir la.

Imo, my sis tu memang deserve utk dapat lelaki yang lebih baik dari lelaki tu la. Sebab apa? My sis cantik, berpelajaran, ada harta sendiri, kuat agama etc etc. Dia bole dapat mana-mana lelaki yang dia mahu sekejap saja
My sis tu pun ramai peminat. Huhu. So I really hope my sis dapat buat pertimbangan yang sewajarnya b4 dia buat sesuatu keputusan. Tapi jodoh kan aturan Allah swt so kita pun tak tahu apa yang akan terjadi. So siapa2 yabg sedang mencari jodoh atau pasangan sila la contact aku ya..hAHAH. just joking. Nanti my sis marah pula bila baca post aku ni. Tapi seriously memang kesian kan?

Kalau aku pulak. Semua kakak2 aku suda push cari calon cpat2 even nak tolong carikan. Ops. Aku tunggu umur 27-29 baru aku kahwin. So skrg nak cari duit dulu.
Ok tata.

Monday, December 16, 2013

bingung

Assalamualaikum dan slmt pagi

so aku suda berhenti kerja.
Sebab berhenti? Sebab aku tahu kerja tu memang bukan untuk aku.
Banyak faktor lain yang menyumbang jugala,
Sampai sekarang aku memang mahu membuka bisnes sebab itula juga ku berhenti kerja.
Orang cakap lebih baik berhenti daripada buat kerja yang kita tidak minat.

Sekarang sedang mencari pekerjaan kembali.. sedang aktif sebagai pencari kerja. KALAU orang tanya sekarang buat apa? Kerja ka? Aku tergagap-gagap untuk jawab. Lebih2 lagi orang kampung aku.

Sebenarnya minat aku kepada hospitality industry.
Saya sedang mencari pekerjaan sebagai tour guide.

Saya tahu untuk buka bisnes saya perlukan modal untuk dapat modal saya perlu bekerja dulu.

Ps: dilemma yang dihadapi....

Thursday, August 22, 2013

Kurang ketinggian

Assalamualaikum.. *^▁^*

Hari ni saya telah pergi ke pemeriksaan fizikal untuk pembantu pegawai penguatkuasa n17... *^▁^* Namun dukacitanya saya telah gagal pada tapisan pertama lagi..sebab tidak.cukup ketinggian.. ╮(╯3╰)╭ apa bole buat? Itukan fakta heuheu...
Xpala. Xda rezeki kan..haha..
so sekarang ni aq fokus yg tak perlukan ketinggian. Just perlu kurangkan berat jak.hehe.^_^||

Monday, August 19, 2013

Lama bebenor..

Assalamualaikum!!

Rasanya seperti suda lama tidaak menginjakkan kaki di laman belog ini..huahua..sampaikan da bersawang-sawang ni.haha.

So i ada order kereta saga flx before raya tu..kononnya la kan nak pakai beraya..  ^_^¦¦¦..haha.. tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi stok tu.. aq ni bukan nya kepingin sangat nak berkereta tu cepat-cepat.. tapi, pehal lama sangat proton tu nak hantar stock kat sabah? Pelik bebenor ye dok?
Masuk bulan ni da almosst 1 month la juga tak sampai2 lagi..hermmm... aritu dok tanya2... org proton tu pula cakap yg sekarang ni cuma ada saga flx executive, just letak deposit rm3500.. haha.. memang la aku nda dapat ampai ba kan deposit tu.. yang sekarang tu aku apply pun guna graduan punya skim utk mengelakkan bayar deposit..heuheu..so sekarang ni ada kepelikan n misteri stok x masuk semakin menjadi2 pulak. Haha....

Hermm..apa-apa pun kono la jugak bersabar ye dok? Kalau tanya berkali-kali segan pulak..haha..

P/s: jeles tengok kawan2 seumur rmai da tunang/kawin..haha...family pun da sibuk tanya pasai teman lelaki.. ehem ehem..aku masi baby gurl so belum bole ada boipren lagi...muahahaha...itu jawapan selamat. Ok adios. Assalamualaikum
.heheh

Wednesday, July 10, 2013

Cari gaduh

Assalamualaikum

Kum apa..kombat,
Bat apa...batman,
Man apa...mentol,
Tol apa... tolak,
Lak apa... laksa,
Sa apa... sapi,
Pi apa..pinang,
Nang apa...nangka,
Ka apa... kayu,
Yu apa...? Yu bodoh...

Hahaha..ntah tetiba pulak teringat ngan lagu ni bila type assalamualaikum.. so jd intro la lagu tu dgn secara x tersengaja...puhaha..memory..memory.. lagu yg telah lama aq nda dendangkan lagi..padahal dlu permainan waktu bdak2... that y la ada beberapa words yg bunyik dekat2 sama pun bole di sambungkn e.g man=mentol. Lol.

Actually da lama x post. Sbb tu rasa boring. Heuheu.
Tadi g bank.. sbb nak minta bank statement. Ada urusan nak dibuat.hehe.. ahkak tu baikk... aq nak mntak 3 bulan jer, dia bagi trus 6 bulan punya.hehe.

Btw..tadi g cimb trus la tanya pasal yg asb financing loan tu kan. Sbb mmg da lama dengar pasal bnda ni..just xda masa nak g tgk n dengar sndri. So td baru berkesempatan.

Nanti ada banyak masa lagi aq explain lagi pasal benda ni key. Btw bnda ni sangat bagus lagi2 untuk kita yg muda2 ni..hehe...
So jgn lepaskn peluang ni ye...

Ahkak tu ingat aq cikgu..╮(╯3╰)╭ katanya muka mcm cikgu...hurmm...muka baik kot..hahaha.... sbb arini pakai tudung plain bawal..so muka nmpk innocent..miaahaha...
Okla tu jer. Assalamualaikum lagi.. n selamat berpuasa...

P/s:semoga urusan yg satu lagi ni akan berjaya.amin2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...