About Me

My photo
Know me before you judge me...:):):)

Monday, September 1, 2014

Balik2 mau diet!

Assalamualaikum!

Bak kata kawan2 aq, dari tahun lalu dorg dengar cakap aq mau diet. Hahaha.. bukan dari tahun lalu ya.. dari tahun lalu lalu lalu dan lalu lagi ni planning!

Paling ringan aq pernah masa tahun lalu. Masa tu 1st kerja pastu kat tempat orang.. memang berat badan susut la orang cakap.. tp kita suke..(><)hehe.. tak payah diet2 ni semua. Tapi tak ringan sangat pun.haha. 62kg saja.

Tp bila tengok balik gambar2 masa berat macam tu sekarang rasa mcm mw menangis sampai muntah darah pula..wuwuwu... last year bila transfer balik pg sabah. Berat badan naik mendadak!! Uarghhh
Serius memang tak perasan.. tup tup tup sekrang berat da naik 10kg..wuwuwuwu

So sebab tu rasa bersemangat mau turunkan berat.
Lagipun aq mau turunkan berat b4 kawin my bff bulan 12 ni.. sbb kite kan jd bridesmaid. . Harusla melaram mana tau jmpa jodoh! Prince charming.wakaka. sila abaikan. Haha
Lagipun next year my bff d uitm pun akan kawin.. so aq akan jd pengapit dia so mestila aq kena nampak yang terbaek! X mw cincai.hehehe

Kenapa aq mw bgtau korang?
Eh ada ka org baca ni? Haha. Biarla. Aq saja mau kasi tau supaya motivation. Kata pakar motivasi klu mw kurus kenala bagitau semua orang so orang lain bole bg semangat! So guys!! Pleasee deh bagi gua semangat.
Penting amat.
Hehe.
Oh btw
Sepa nak beli radiance signature collagen kita ada jual juga.
Harga rm150 not including postage.  Siapa nak sila whatsapp
0198127350

Friday, July 18, 2014

Keputusan Temu Duga Peg.Latihan Gred E41

Assalamualaikum semua.

Sebelum kta membaca ke jauh lebih dalam.. mari kta luangkan masa seminit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa MH17..

AL-FATIHAH...

Daripada DIA kita datang, dan kepadaNYA kita kembali.

2014 kita meyaksikan pelbagai peristiwa malang yang terjadi di negara kita,begitu juga dengan seluruh dunia.
Marilah kita berdoa semoga kita semua akan dilindungi dan dirahmati Allah SWT dalam kita menjalani ibadah seharian.


ok..

ehem ehem..*btulkan anak tekak sat*

sesuai dengan tajuk ku pada harii ni, cek nak habaq result masa perg interview aritu.

Bismillahirrahmannirrahim...

resultnya..

jeng..jeng...




kta dapat calon simpanan ja..

xpa no..
akak aku cakap solat hajat banyak2..sebab peluang masi ada untuk dipanggil.. amin
syukur jugala..xdla gagal terus kan. alteast omputih ckp fiftyfifty..haha..
Oh tadi cek kat status pendaftaran, tulis simpanan lantikan..
Dia memang sama ka ngan calon simpanan? Poning den ni..

ok tu ja nak habaq no.

Disini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih  kepada my family, kepada panel penemu duga kerana menyokong saya walaupun hanyalah sebagai calon simpanan.. dan syukur ke hadrat Ilahi diatas peluang ini.

p/s: sapa2 ada lagi x dapat calon simpanan ni? Bole bergeng.


Thursday, June 12, 2014

Pengalaman Temu Duga Pegawai Latihan Gred E41

Assalamualaikum. ..
Hihi. Lama suda tak jenguk2 blog ni. Bukan apa kesibukan memaksa daku untuk berkitkat sebentar daripada alam maya dan fokus kepada alam realiti. Ececeh..haha..
Ok straight forward prg tajuk la kan. Aq mmg nak crita pengalaman aq masa interview aritu.  Actually da lama tahu cam sebulan camtu tapi busy memanjang ngan orang kawin segala so tu yang lambat study untuk interview ni.
Ok for general la kan. Pegawai Latihan  Gred E41 ni adalah sama tugasnya seperti lecturer dimana kalau saya berjaya dipilih saya akan menjadi salah seorang tenaga pengajar di IKBN. So ikbn ni under kementerian belia dan sukan, 1st dapat tu trkejut juga bila tengok kementerian belia dan sukan takkanla aq nak jadi coach..ye dok. So bila godek2 information barula tahu yang dia under IKBN.
SO ni tips la yang aq mau bagitau, banyakkan belajar pasal benda yang korang belajar;example kalau ambil hotel management so kenala study pasal hotel management spt food and beverage managemet, kitchen etc etc. Sebab apa?? Sebab interviewer akan tnya more to kta pnya teknikal. Dok payah nak hafal2 nama menteri2 ka, nama2 agong ka sebab dorang memang tak akan tanya.
Ok ni pengalam saya waktu kena interview.  Ada dua org yang interview seorang tu dari ikbn and yang seorang pegawai spa. Dia pangkat datuk,  nma dia Datuk Mustapha Marican.  Seriously datuk tu memang baik! Dia banyak share and seorang yang humble. Kalau dia bercakap kan memang rasa kita cam comfortable jak.hehe.
Ok ni soalan2 yang dorg tanya masa kena iv.
*me ketuk pintu*
Masuk dalam bilik dengan perasaan yang sangat gugup tapi senyum sambil mengucapkan "Assalamualaikum" dengan penuh semangat.hehe. 1st impression tau dak.
Pas hantar fail and resume kat mereka saya duduk.
Datuk: Jadi Azimah, sebelum ni kerja sebagai apa?
Saya: kerja sbg bla bla bla...dengan muka konfiden.*datuk tu senyum*
Datuk: kenapa pilih pekerjaan ni*datuk tu merujuk kpd pekerjaan aq skrg* tapi degree lain?
Saya: saya x mahu menganggur.. drpd saya tak kerja baik ambil kerja ni..bla n bla bla.. banyak la aq membebel.. sambil senyum2..
Datuk; bagus. Kmu pilih utk x menganggur.
*datuk x banyak tanya, instead dia byk brcerita n sharing,*
Pastu giliran pegawai ikbn tu pula menyoal.
Pegawai: ok azimah, sy tgk kmu ambil hotel... dlu saya ni pun ambil hotel management kat uitm s.alam jua.*mati jumpa senior pula..haha*
So can u differentiate the table setting for table d'hote and ala carte'..
Aku:*alamak dia tnya soalan yg camni pula,aq mmg x expect dia akan tnya soalan yang berkaitan teknikal* aq jawab jer dengan konfiden mengikut apa yang aq telah belajar n ingatla.hahah. yang penting senyum dan konfiden.
Pegawai: ok, how about french service and russia service?  What is the different between this 2 service?
Aku: bla bla bla
*dia mmg akan byk tanya pasal apa degree yg kta amek dlu*
Ok stakat yg aq ingat camtula temuduga yg berjalan. Secara general la sbb aq pun da x ingat sangat.hihi.
Oh and dia akan ada tnya soalan ni
"Sebagai salah seorg tenaga pengajar di ikbn apa yang kmu akan lakukan untuk menarik pelajar2 masuk d ikbn." Hehe
And dia ada tnya a few about isu2 dalam bidang hotel.  Misalnya aq seorang yang betudung kan apa yg aq akan buat if hotel tu x allow me utk pakai tudung ketika waktu kerja.
Tu jer. Yang penting korang konfiden and senyum sepanjang masa.
Aq suka sesi sharing ngan datuk. Sbb dia banyak bagi aq info yang berguna. Siapa yang dapat ngan Datuk Mustapaha marican mmg untung. Aq rasa interview tu jalan dalam 20-30 minit camtu la
Tu jer.
Ok semoga berjaya yang akan pergi temuduga tu nnt ok.
Hihi..

Thursday, January 9, 2014

Eh eh masi muda okay

Assalamualaikum

Oleh kerana masuk tahun 2014 ni umur aku da meningkat naik ke 24 tahun and my sister masuk 25 tahun semua kakak2 aku da bising nak suruh kitaorg kahwin. Eesh rimas ok. Kalau macam aku ni tak kisah sangat la sebab masi muda kan. My sis la yang terasa sangat. Miahaha...n dia lagi pity... sebab bakal suami yang diinginkan my sis tu telah ditentang habis habisan oleh my family. Sebab apa? Sebab lelaki tu xda pelajaran, xda duit, xda kerja anf xda harta. Umur lelaki tu sekarang 30 tahun tapi blm bekerja. So sebab tu la family aku menentang hubungan mereka. My sis ada degree. And my family takut lelaki tu ambik harta my sis. At least ni apa yang dorang pikir la.

Imo, my sis tu memang deserve utk dapat lelaki yang lebih baik dari lelaki tu la. Sebab apa? My sis cantik, berpelajaran, ada harta sendiri, kuat agama etc etc. Dia bole dapat mana-mana lelaki yang dia mahu sekejap saja
My sis tu pun ramai peminat. Huhu. So I really hope my sis dapat buat pertimbangan yang sewajarnya b4 dia buat sesuatu keputusan. Tapi jodoh kan aturan Allah swt so kita pun tak tahu apa yang akan terjadi. So siapa2 yabg sedang mencari jodoh atau pasangan sila la contact aku ya..hAHAH. just joking. Nanti my sis marah pula bila baca post aku ni. Tapi seriously memang kesian kan?

Kalau aku pulak. Semua kakak2 aku suda push cari calon cpat2 even nak tolong carikan. Ops. Aku tunggu umur 27-29 baru aku kahwin. So skrg nak cari duit dulu.
Ok tata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...